welcome in my blog!

terima kasih!!atas kunjungannya..

Wednesday, March 28, 2007

Leukemia

Leukemia ialah jumlah sel darah putih lebih banyak daripada jumlah sel darah merah. Sel darah putih akan memakan sel darah merah. Ini menyebabkan seseorang mengalami anemia. Keadaan ini menyebabkan kekurangan sel-sel putih sehat dan seterusnya mengurangi ketahanan badan terhadap penyakit. Sel-sel ini juga mendesak penghasilan paletet yang membantu dalam mekanisme pembekuan darah dalam tubuh.Sering kali gejala pertama penyakit leukemia ialah pasien mengalami masalah anemia dan penyakit yang dihidap oleh pasien sukar sembuh.

Tanda-tanda anemia
- pucat, letih dan sesak napas.
Mudah jatuh sakit.
Sakit anggota badan. Jika sakit pada bagian kaki, keadaan ini akan menyebabkan pasien berjalan tempang.
Paru-pura berwarna jingga yang tidak hilang apabila dipicit.
Mudah lebam.
Hidung kerap mengalami pendarahan.

Apakah yang boleh dilakukan?

Pada suatu ketika dahulu, kanak-kanak yang menghidap penyakit leukemia mempunyai harapan yang tipis untuk sembuh tetapi dalam dekad ini, terapi yang ditemui telah berjaya meningkatkan peluang mereka untuk sembuh bagi 50 peratus kanak-kanak yang menghidap leukemia jenis biasa.

Kanak-kanak yang menghidap penyakit ini akan dirawat oleh pakar pediatrik yang berpengalaman dalam penyakit leukemia kanak-kanak. Beberapa jenis dadah akan diberikan secara serentak, sama ada secara oral atau suntikan. Bagi jenis leukemia yang biasa, radioterapi dan dadah yang khusus mungkin digunakan untuk membunuh sel barah otak. Manakala pemindahan darah mungkin dilakukan di peringkat awal rawatan. Jika bilangan sel putih jatuh ke tahap yang sangat rendah, anak akan diasingkan untuk mengelak anak daripada diserang oleh sebarang jangkitan. Setiap pelawat diperlukan memakai pelindung dan pakaian khas. Selepas beberapa minggu, anak akan dibenarkan pulang ke rumah. Namun pemeriksaan lanjutan masih diperlukan untuk mengawas keadaannya.

Peranan anda sebagai ibu bapa ialah memberikan sokongan sepanjang rawatannya dengan meningkatkan semangat anak. Kanak-kanak yang menghidap leukemia tidak boleh didedahkan kepada jangkitan kanak-kanak yang boleh menjangkit seperti cacar air, kecuali anak telah diimunkan. Oleh itu, anda perlu memastikan rakan-rakan sepermainan tidak menghidap sebarang penyakit yang berjangkit.

Apakah tindakan doktor?

Doktor akan melakukan ujian darah untuk mengenalpasti penyakit leukemia. Doktor juga akan melakukan tebukan lumbar. Anak akan menjalani rawatan permulaan selama 2 -3 bulan di hospital. Tempoh rawatan bagi penyakit leukemia ialah antara 2 - 3 tahun.

sumber:www.google.com

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home